the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Stella Rimington, ketua pengarah wanita pertama MI5 meninggal dunia

LONDON: Stella Rimington, wanita pertama dilantik sebagai ketua pengarah agensi perisikan Britain, MI5, telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, umum keluarganya pada Isnin.

Digelar “housewife superspy” ketika memegang jawatan itu, Rimington diiktiraf secara meluas sebagai sumber inspirasi watak “M” lakonan Judi Dench dalam siri filem James Bond. Beliau dilahirkan pada 13 Mei 1935 dan meninggal dunia pada Ahad malam.

Dalam satu kenyataan, keluarganya berkata: “Beliau meninggal dunia di sisi keluarga dan anjing kesayangannya dan tetap berpegang teguh pada kehidupan yang dicintainya sehingga nafas terakhirnya.”

Beliau menyertai MI5 secara sepenuh masa pada 1969 dan berkhidmat sebagai pengarah bagi setiap cawangan operasi perkhidmatan itu sebelum dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pada 1991 dan dinaikkan pangkat menjadi ketua pengarah setahun kemudian.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai ketua dari 1992 hingga 1996, beliau terlibat dalam menangani ancaman termasuk daripada IRA dan Rusia. Beliau merupakan ketua MI5 pertama yang identitinya didedahkan kepada umum semasa pelantikannya. Namun, selepas sebuah akhbar menyiarkan gambar kediamannya, beliau dan keluarganya telah dipindahkan ke lokasi rahsia demi keselamatan mereka.

Selepas meninggalkan MI5 pada 1996, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang novelis. – Bernama-PA Media/dpa

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings