the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut akibat serangan jantung selepas mengamuk di Kepala Batas

KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga Indonesia maut akibat serangan jantung selepas bergelut dengan polis ketika ditangkap kerana bertindak agresif di Taman Bukit Jambul, dekat sini Sabtu lepas.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki itu akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Pada 6.20 petang Sabtu, pihak polis telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan seorang lelaki mengamuk sambil memegang sebatang besi di blok D Taman Bukit Jambul.

“Anggota polis yang tiba di lokasi itu diserang oleh suspek yang bertindak agresif dengan menumbuk beberapa kali pada bahagian muka serta belakang kepala, selain cuba merampas senjata api anggota polis terbabit,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bagi Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata melihat keadaan itu, orang awam yang berada di lokasi bertindak membantu pihak polis menahan lelaki itu sebelum membawanya ke Balai Polis Sungai Nibong.

Mohd Alwi berkata ketika di balai polis itu, lelaki berkenaan tiba-tiba pengsan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang sebelum disahkan meninggal dunia.

“Polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu iaitu suspek bertindak memecahkan cermin kereta penduduk di situ dengan menggunakan besi dan menceroboh masuk rumah penduduk.

“Kedua-dua kejadian dilakukan suspek sebelum insiden dia mengamuk dan penduduk yang bimbang keselamatan mereka bertindak menghubungi pihak polis,“ katanya.

Beliau berkata identiti lelaki itu sedang dikenal pasti memandangkan dia tidak memiliki dokumen pengenalan diri, malah penduduk di situ juga mendakwa tidak mengenalinya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings