the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OD Esports rangkul kejuaraan Mobile Legends HPPNK 2025

KUALA LUMPUR: Kebakaran hutan di dua lokasi di Rawang dekat sini berjaya dipadamkan sepenuhnya petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas 60 ekar di Felda Sungai Buaya yang bermula lewat petang semalam berjaya dipadamkan pada 4.26 petang.

Beliau berkata lokasi kebakaran hutan kedua di Bandar Gamuda Garden melibatkan kawasan seluas 53 ekar yang juga bermula semalam berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.28 petang.

“Seramai 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, BBP Rawang dan BBP Batu Arang bersama tiga jentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan sepanjang operasi di dua lokasi berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings