the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM teliti aspek teknikal sebelum laksana pendidikan awal usia lima tahun

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) kini memberi tumpuan kepada penelitian aspek teknikal dan operasi sebelum melaksanakan dasar pendidikan awal kanak-kanak bermula pada usia lima tahun seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah ini penting bagi memastikan pelaksanaan dasar tersebut berjalan lancar dan mencapai objektif memperkukuh pendidikan awal negara.

“Soal dasar sudah selesai, kini KPM meneliti lebih mendalam dari sudut teknikal dan operasi supaya pelaksanaannya nanti benar-benar memberi kesan positif.

“Kita ada tempoh lima tahun sepanjang RMK13 dan KPM juga akan mengadakan taklimat khas kepada pihak media untuk memberi penerangan menyeluruh mengenai langkah ini,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada pelajar Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 di Kelantan hari ini.

Fadhlina menekankan bahawa penelitian ini meliputi keperluan sumber tenaga pengajar, prasarana, serta kesediaan semua pihak terlibat.

Ditanya mengenai kemungkinan perubahan usia kemasukan ke Tahun Satu kepada enam tahun atau pelajar menduduki SPM pada usia 16 tahun, beliau berkata perkara itu akan diumumkan selepas perincian dibuat.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat menyatakan kerajaan akan mewajibkan pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings