the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Felda rujuk JPM salur RM100,000 setiap kampung – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan merujuk kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menyelaras kaedah terbaik penyaluran peruntukan RM100,000 kepada setiap kampung di tanah rancangan itu, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bertujuan memastikan peruntukan berkenaan diagihkan dengan tatakelola yang baik serta mencapai matlamat seperti disasarkan kerajaan.

“Kita akan rujuk pada JPM mengenai syarat-syarat atau kriteria yang wajar kita letakkan kepada penerima, supaya bantuan ini selepas disalurkan nanti ia tidaklah hilang begitu sahaja sehingga tidak mencapai hasrat seperti dimahukan Perdana Menteri.

“Kita juga perlu lihat kumpulan mana yang akan diberi peruntukan, kerana ada sesetengah kampung punyai JKTR (Jawatankuasa Kerja Tanah Rancangan), ada juga koperasi sendiri selain badan tertentu seperti Majlis Belia,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Felda Robo and Novate 2025 bertemakan Inovator Muda, Masa Depan Mendunia sempena Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Besar FELDA Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman.

Anwar semalam mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi setiap kampung di bawah FELDA bagi melaksanakan projek pembangunan yang ditentukan sendiri oleh penduduk setempat.

Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan prinsip musyawarah dan pemerkasaan rakyat.

Sementara itu, mengulas mengenai penyahsenaraian FGV Holdings Berhad (FGV) daripada Bursa Malaysia, Ahmad Shabery berkata perkara itu tidak wajar dianggap sebagai perkembangan negatif.

“Ia (penyahsenaraian) membolehkan kita membuat penstrukturan kembali kaedah-kaedah yang terbaik, tanpa terikat dengan peraturan di bursa sebagai syarikat awam yang menyukarkan kita.

“Jadi dalam konteks ini, ia adalah satu langkah ke arah pemilikan sepenuhnya (FGV) sekali gus membolehkan hasil ataupun revenue yang membolehkan FELDA itu berdikari dan dapat menjalankan aktiviti berkaitan dengan kebajikan peneroka,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan bahawa FELDA boleh mula menentukan sendiri arah tuju FGV selepas syarikat itu selesai proses penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia bermula 28 Ogos ini – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings