the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran hutan di Gunung Semanggol: 22 hektar berjaya dipadamkan

IPOH: Kebakaran belukar seluas 23.47 hektar di Kg Tersusun Tebuk Panchor, Gunung Semanggol, Bagan Serai yang memasuki hari kedua berjaya dikawal pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan memaklumkan setakat petang tadi, 22.66 hektar kebakaran hutan yang bertompok-tompok berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kira-kira 0.8 hektar masih terbakar.

“Pemadaman dari bawah menggunakan pam jentera dan pam angkut, satu aliran 1,000 kaki bersumberkan air dari pili bomba yang berdekatan. Selain itu, kawasan yang terlibat dengan kebakaran dibahagikan kepada empat sektor dan keanggotaan dipecahkan kepada enam hingga tujuh orang bagi setiap sektor,” katanya.

Beliau berkata operasi turut dibantu Unit Udara menerusi pesawat AW 139 yang melakukan teknik penyiraman atau water bombing sebanyak 20 kali.

Antara cabaran operasi ialah pemadaman api di kawasan yang mempunyai talian arus elektrik bervoltan tinggi yang memerlukan lebih kewaspadaan. “Selain itu, kawasan pengambilan air bagi penyiraman juga agak cetek menyebabkan terdapat lumpur yang memasuki timba air,“ katanya.

Sabarodzi berkata proses pemadaman dihentikan 7 petang tadi dan akan disambung esok dengan penambahan anggota dan logistik. “Pemadaman melalui kaedah ground attack oleh anggota pemadaman dan water bombing menggunakan pesawat akan bagi memastikan sisa tompokan bara dipadamkan sepenuhnya agar tiada kemerebakan atau nyalaan semula, pemecah api (fire break) turut akan dilaksanakan di lokasi yang dikenal pasti,” katanya.

Kebakaran sejak 3 petang semalam dikatakan berpunca daripada cuaca panas berpanjangan dan kali terakhir kebakaran berlaku di kawasan tersebut adalah pada 2023. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings