the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia beli 30 pesawat Boeing tambahan bernilai US$9.5 bilion

KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk membeli 30 pesawat tambahan Boeing dalam fasa kedua bernilai US$9.5 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pembelian ini adalah sebahagian daripada rundingan timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bagi mengurangkan defisit perdagangan.

“Malaysia Aviation Group (MAG) komited membeli 30 pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion dalam fasa pertama dan tambahan 30 pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion pada fasa kedua,“ katanya dalam sidang media khas berhubung pengumuman tarif oleh AS.

Sebelum ini, AS mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus berbanding 25 peratus.

MAG sebelum ini mengumumkan pembelian 30 pesawat Boeing baharu termasuk 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 dengan pilihan untuk 30 lagi pesawat 737.

Pesanan ini sebahagian daripada strategi pemodenan pesawat MAG bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri penerbangan global.

Tempahan pesawat Boeing juga dibuat oleh Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Kemboja dan Bangladesh sebagai sebahagian daripada rundingan pengurangan tarif AS. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings