the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat lelaki di tepi landasan kereta api disahkan dijerut tali – polis

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat lelaki yang ditemui berhampiran landasan kereta api di Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor mengesahkan mangsa maut akibat dijerut menggunakan tali. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dengan menggunakan tali dan kesan jerut disyaki sama dengan tali (seperti rantai) yang dipakai pada leher mangsa,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat lelaki itu ditemui orang awam kira-kira 10.30 pagi semalam dalam keadaan kaki dan tangan terikat serta kepala dibalut kain dan dilekatkan dengan pita pelekat hitam dan putih. Ibrahim berkata berdasarkan siasatan awal, mayat dipercayai dicampak dari jambatan Kampung Sungai Serian setinggi 11.15 meter.

Pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih empat hari dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Fadli Abdul Aziz di talian 03-6064 1222 atau tampil ke balai polis berhampiran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings