the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

3,383 mangsa banjir masih di PPS di Sarawak dan Sabah

Bilangan mangsa banjir di Sarawak dan Sabah menurun kepada 3,383 orang, ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS)

KUALA LUMPUR: Seramai 3,383 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah setakat petang ini.

Jumlah mangsa di kedua-dua negeri itu menunjukkan trend penurunan.

Di Sarawak, bilangan mangsa berkurangan kepada 3,019 orang daripada 888 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 40 PPS.

PPS tersebut terletak di daerah Serian, Samarahan, Balai Ringin, Miri, Bintulu, Kuching, Simunjan, Gedong, Sibu dan Mukah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir turun kepada 364 orang daripada 136 keluarga.

Sekretariat JPBN Sabah menyatakan dua PPS di Beaufort masih beroperasi.

Pusat pemindahan tersebut ialah Dewan Selagon dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories