the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

500 pelajar Sepang terima kelengkapan sekolah bernilai RM183 seorang

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang agih set pakaian, alat tulis, kasut dan beg galas kepada 500 pelajar untuk meringankan beban ibu bapa

SEPANG: Seramai 500 pelajar dan murid dari Parlimen Sepang menerima kelengkapan persekolahan bernilai RM183 seorang.

Set kelengkapan itu merangkumi pakaian sekolah, alat tulis, kasut serta beg galas.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia usaha berterusan membantu meringankan beban ibu bapa.

“Ini bagi memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih bersedia,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang menegaskan kerajaan MADANI komited membantu golongan memerlukan khususnya dalam aspek pendidikan.

“Kerajaan memastikan tiada anak yang tercicir dan setiap generasi berpeluang membina masa depan lebih baik,” katanya.

Aiman Athirah berkata peruntukan sebanyak RM3.7 juta telah disalurkan di peringkat Parlimen Sepang.

Daripada jumlah itu, lebih RM1 juta dikhususkan untuk inisiatif pendidikan bagi menyokong masyarakat setempat.

“Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin semangat buat anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pendidikan,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories