the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultan Pahang zahir simpati kepada mangsa banjir di Sarawak, Sabah

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan zahir simpati, doakan kekuatan kepada mangsa banjir di Sarawak dan Sabah yang semakin meningkat

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Sarawak dan Sabah.

Kesultanan Pahang dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan baginda berdua turut mendoakan agar segala urusan rakyat yang ditimpa bencana dipermudahkan.

Mereka juga mendoakan agar mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan.

“Baginda berdua bertitah bahawa rakyat di Borneo sentiasa dekat di hati serta sentiasa dalam ingatan, dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT,” menurut hantaran itu.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan 41 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pagi tadi.

PPS tersebut menempatkan 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga, berbanding 3,546 mangsa daripada 1,030 keluarga di 40 PPS malam tadi.

Di Sabah, mangsa banjir direkodkan 367 orang daripada 137 keluarga berlindung di dua PPS setakat 8 pagi tadi.

Angka itu meningkat sedikit berbanding 363 orang daripada 136 keluarga pada petang semalam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories