the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Labuan perlukan pendekatan baharu atasi kebergantungan makanan import

LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menggesa pelaksanaan strategi bersepadu dan inovatif bagi mengurangkan kebergantungan tinggi Labuan terhadap makanan yang diimport.

Beliau menekankan kepentingan sistem pertanian bandar dan alternatif termasik hoidroponik sebagai penyelesaian kepada kekangan keluasan tanah pertanian di pulau tersebut.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Wilayah Persekutuan) di Dorsett Grand Labuan hari ini, Dr Zaliha mengakui bahawa Labuan sebagai pulau bebas cukai menghadapi cabaran besar dalam sektor pertanian akibat kekurangan tanah dan masalah keterhubungan logistik.

Namun begitu, beliau menegaskan dasar makanan mampan perlu dibangunkan bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk kegunaan penduduk tempatan.

Katanya hanya 0.22 peratus tanah di Labuan dizonkan untuk tujuan pertanian, sekali gus menjadikan pertanian tradisional sukar untuk dikembangkan secara besar-besaran.

Katanya kebergantungan berlebihan terhadap makanan import boleh menyebabkan ketidakstabilan harga serta peningkatan kos sara hidup di pulau itu, terutamanya bagi barangan asas seperti ayam, daging, telur dan sayur-sayuran.

Sehubungan itu, katanya Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menilai tahap sara diri makanan pulau berkenaan.

Selain itu, Dr Zaliha berkata beliau akan meminta Perbadanan Labuan untuk mengenal pasti sebarang tanah yang berpotensi sesuai bagi tujuan pertanian dalam usaha memperkukuh keselamatan makanan di pulau itu.

Dalam jangka masa panjang, beliau mencadangkan agar Labuan dijadikan sebagai “makmal hidup” bagi pembangunan sistem makanan mampan negara, berpandukan strategi kawasan makanan bandar yang diamalkan di beberapa bandar utama Eropah.

“Bagi merealisasikan visi ini, kita perlukan pusat kecemerlangan yang bekerjasama dengan institusi penyelidikan dan universiti dengan tumpuan kepada peralihan daripada pertanian konvensional kepada alternatif seperti daging ternak makmal dan proses fermentasi selular,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings