the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MARA tegas kes buli MRSM Besut, 6 pelajar digantung

PASIR MAS: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa insiden buli fizikal melibatkan enam pelajar yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Kuala Terengganu baru-baru ini, harus dijadikan pengajaran kepada semua pelajar di MRSM lain agar tidak mengulangi perbuatan sama.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata enam pelajar berkenaan telah digantung dan disingkirkan daripada MRSM, selepas siasatan mendapati mereka terbabit dalam kejadian buli terhadap junior mereka di MRSM berkenaan.

“Saya berulang kali menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi dengan segala perlakuan buli. Jadi apa yang berlaku di MRSM Besut itu suatu yang amat mendukacitakan bagi saya dan sudah tentu segala proses dan prosedur telah dilaksanakan di peringkat maktab.

“Kita ada jawatankuasa disiplin dan memang perlakuan itu benar, sebab itu saya sebutkan apa jua alasan tidak berpuas hati dengan junior yang melakukan kesalahan, apa juga bentuk perlakuan fizikal buli sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan saya tegas dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan tegas termasuk penggantungan telah diambil serta-merta kerana prinsip MARA amat jelas, tiada kompromi terhadap sebarang bentuk buli fizikal.

“Saya telah pun mengarahkan jawatankuasa disiplin Bahagian Pendidikan Menengah, bahawa kita tidak boleh kompromi, sebab bila ia dah siasat bagi opsyen kepada jawatankuasa sama ada gantung atau sebaliknya, tapi saya kata dalam hal ini bahawa prinsip kita tegas,” katanya.

Beliau berkata kes itu perlu dijadikan iktibar, agar seluruh pelajar di MRSM memahami bahawa sebarang tindakan membuli rakan tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

“Saya boleh katakan secara umumnya Alhamdulillah penurunan kes-kes ini memang amat ketara sekali, kita jarang dengar kes buli ini. Tapi bila ia timbul kembali (kes buli MRSM), maka perkara ini ia amat mendukacitakan saya.

“Pada peringkat MARA kita gantung enam pelajar MRSM didapati terlibat. Hari itu kita gantung sementara dan apabila kita melakukan proses siasatan mendapati perlakuan itu memang ada,” katanya.

Asyraf Wajdi menegaskan bahawa apa juga alasan untuk menghalalkan perbuatan berkenaan tidak akan diterima.

Beliau berkata siasatan peringkat MRSM telah selesai dan beliau tidak akan menerima sebarang rayuan kerana baginya perlakuan buli yang melibatkan fizikal, sesuatu yang serius.

Asyraf Wajdi berkata pelbagai program pencegahan kes buli di MRSM telah bermula termasuk program pencerahan, motivasi dan memanggil kaunselor MRSM yang ada.

“Memang program pencerahan dan pendidikan ini telah dilaksanakan, tetapi saya amat dukacita kerana ia masih berlaku dan objektif saya adalah untuk mencapai sifar buli di MRSM,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar tingkatan dua sebuah MRSM di Besut, mendakwa dibuli sekumpulan pelajar senior di asrama Putera pada malam Selasa, sehingga mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Azamuddin Ahmad @ Abu, dilapor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.48 petang Rabu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings