the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Puspanita lancar skuad sukarelawan untuk misi bantuan bencana, krisis

PUTRAJAYA: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) hari ini melancarkan Skuad Sukarelawan Puspanita, satu inisiatif baharu bagi memperkukuh penglibatan penjawat awam wanita dalam kerja-kerja kemanusiaan dan bantuan semasa bencana.

Penaung Puspanita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penubuhan skuad berkenaan diyakini mampu memberi impak signifikan kepada golongan memerlukan, selari dengan teras Ihsan dan Hormat dalam kerangka Malaysia MADANI.

“Skuad ini merupakan inisiatif terkini oleh Puspanita yang akan menumpukan kepada kerja-kerja sukarelawan dengan kerjasama pihak-pihak berwajib dan komuniti.

“Kita mahukan lebih ramai ahli Puspanita dapat memberikan komitmen untuk sama-sama berbakti kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) Puspanita ke-43 serta pelancaran Skuad Sukarelawan PUSPANITA di sini hari ini.

Beliau berkata penjawat awam wanita kini memainkan peranan semakin signifikan dalam sektor awam, termasuk dalam penggubalan undang-undang, pembangunan dasar dan tadbir urus negara.

“Kita kini mempunyai lebih 30 peratus wanita yang memegang jawatan pembuat keputusan dalam sektor awam. Justeru, sokongan padu daripada semua pihak amat penting bagi memastikan setiap agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan berintegriti,” katanya.

Dr Wan Azizah turut menyeru penjawat awam wanita agar bersedia menghadapi cabaran era digital serta memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan urusan kerja dan peribadi.

“Dunia kini bergerak pantas dan kemajuan teknologi telah mengubah cara kita bekerja, berfikir, berkomunikasi, menguruskan keluarga serta membesarkan anak-anak. Kita tidak boleh ketinggalan.

“Pada masa yang sama, ambillah masa untuk memahami, memantau dan mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan diri kita, anak-anak, keluarga dan rakan sekerja tidak terpengaruh dengan kesan negatif kemajuan teknologi,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara yang juga Penasihat Puspanita Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Maheran Jamil, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nasriah Darus serta lebih 500 perwakilan Puspanita.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Five prison officers charged over Taiping Prison incident

The Prisons Department said the charges mark the latest development in ongoing legal proceedings, following the earlier prosecution of another officer under Section 304(b) of the Penal Code over the same case.

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings