the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Negara-Negara FIH 2025: Peluang Speedy Tigers tamatkan saingan di tempat kelima

MALAYSIA mara ke perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Lelaki 2025 selepas menewaskan Afrika Selatan 4-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.

Pada perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan itu, skuad kendalian Sarjit Singh membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Syed Mohd Syafiq Syed Cholan pada minit ke-15.

Afrika Selatan kemudiannya menyamakan kedudukan hasil jaringan Angelo Walstroom pada minit ke-30 namun tujuh minit kemudian, pemain pertahanan negara, Shafiq Hassan mengembalikan kelebihan menerusi jaringan padang hasil bantuan bijak Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.

Akhimullah Anuar Esook tampil menambah gol ketiga pada minit ke-40 selepas menyempurnakan gerakan cantik Norsyafiq Sumantri.

Meskipun Carlon Mentoor berjaya merapatkan jurang buat Afrika Selatan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-51, Malaysia akhirnya memastikan kemenangan mutlak apabila pemain berpengalaman, Mohammad Fitri Saari menyempurnakan jaringan padang dua minit kemudian.

Malaysia seterusnya akan bertemu Wales yang menewaskan Jepun 6-4 dalam satu lagi aksi klasifikasi hari ini.

Dalam perlawanan berkenaan, Jolyon Morgan menyerlah selaku penjaring terbanyak selepas meledak hatrik menerusi jaringan padang pada minit ke-21, 34 dan 45 manakala Fred Newbold (minit kesembilan), Sam Welsh (34’) dan Gareth Furlong (59’) turut menyumbang gol untuk Wales.

Jepun pula meraih empat gol menerusi Ryoma Ooka (20’), Koji Yamasaki (30’), Kazumasa Matsumoto (32’) dan Kosei Kawabe (60’).

Sementara itu, Sarjit mengakui permainan anak buahnya agak goyah biarpun menumpaskan Afrika Selatan.

“Saya rasa aksi pada separuh masa pertama agak goyah. Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik kemudiannya, namun kami mengambil peluang sebaik mungkin. Kami mendapat tiga mata penting. Saya rasa pujian harus diberikan kepada para pemain selepas apa yang berlaku pada perlawanan sebelum ini kerana beza jaringan, menyebabkan kami gagal layak (separuh akhir).

“Ya, Wales semakin meningkat prestasinya. Mereka ada tiga, empat pemain skuad Great Britain. Ia pasukan yang bagus dengan beberapa pemain yang berkualiti, tetapi seperti yang saya katakan, sasaran kami adalah untuk ke separuh akhir. Kami tidak layak ke separuh akhir, jadi kami perlu dapatkan tempat kelima. Tempat kelima sangat penting,“ kata Ketua Jurulatih Malaysia itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings