the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lawatan TPM Fadillah ke Uzbekistan, Rusia perluas jaringan strategik sektor tenaga, air

TASHKENT: Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, mengetuai delegasi Malaysia ke kedua-dua negara itu pada 21-28 Jun, 2025.

Dalam kenyataannya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata selain mempertingkat kefahaman delegasi Malaysia terhadap teknologi tenaga nuklear moden, lawatan kerja berkenaan juga menjadi inisiatif bagi menarik minat pelabur selain memperkukuh kerjasama dan aspirasi Malaysia MADANI melalui pembentukan hubungan dua hala yang konstruktif.

Kehadiran Fadillah juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam membentuk kerjasama strategik global bagi mendepani cabaran tenaga dan air pada masa hadapan.

“Ini juga menzahirkan peranan aktif negara dalam meneroka penyelesaian yang berdaya tahan dan lestari melalui perkongsian pengetahuan, teknologi dan pelaburan asing,“ kata kementerian itu.

Antara agenda Fadillah dalam lawatannya ke Uzbekistan pada 21-24 Jun, 2025 adalah melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev yang melibatkan perbincangan dua hala dan usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang tenaga serta pembangunan mampan.

Mesyuarat Bersama Menteri Tenaga Uzbekistan Jurabek Mirzamakhmudov pula akan menumpukan perbincangan mengenai kerjasama teknikal dan pelaburan dalam tenaga boleh baharu.

Bagi lawatan di Rusia pada 25-28 Jun 2025, Fadillah dijadual menghadiri mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak untuk membincangkan kerjasama strategik dalam bidang tenaga.

Beliau juga dijadual melakukan lawatan teknikal ke loji janakuasa nuklear ROSATOM di St Petersburg bagi meninjau teknologi nuklear terkini serta piawaian keselamatan antarabangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong SMEs face “triple squeeze” from rising costs, weak demand and interest rates...

Dah Sing Bank, Limited ("Dah Sing Bank") today announced the results of its 2026 SME Survey ("the Survey"), which revealed that Hong Kong SMEs are facing a "triple squeeze" of rising costs, weakening demand and interest rates fluctuations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings