the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesawat Qantas alami kerosakan selepas langgar jambatan udara di lapangan terbang Brisbane

SYDNEY: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Qantas mengalami kerosakan selepas melanggar jambatan udara atau ‘aerobridge’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada petang Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Brisbane Times, Penerbangan QF186 dari Queenstown, New Zealand melanggar jambatan udara itu kira-kira 6.40 petang waktu tempatan sejurus selepas mendarat.

Foto yang disiarkan akhbar itu menunjukkan cermin hadapan pesawat jenis Boeing 737-800 retak akibat insiden berkenaan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang turun dari pesawat menggunakan tangga.

Jurucakap Qantas memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Pesawat itu akan diperiksa oleh jurutera di Brisbane dan dibaiki sebelum kembali beroperasi,” katanya.

Ini merupakan insiden kedua melibatkan jambatan udara di Lapangan Terbang Brisbane dalam tempoh kurang sebulan.

Pada 22 Mei, pesawat Air New Zealand Penerbangan NZ146 mengalami kerosakan pada badan pesawat selepas bersentuhan dengan jambatan udara semasa berundur dari pintu pelepasan, menyebabkan penerbangan ke Auckland dibatalkan.

— BERNAMA-XINHUA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings