the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan strategik Sabah-China diperkukuh menerusi kerjasama diplomatik – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin hubungan strategik antara Sabah dan China akan terus diperkukuh menerusi kerjasama diplomatik serta pelbagai inisiatif pembangunan bersama.

Beliau berkata kerajaan Sabah komited untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mesra pelabur bagi menarik lebih banyak syarikat China melabur di Sabah, khususnya di kawasan perindustrian strategik.

“Saya percaya kehadiran Konsul Jeneral Republik Rakyat China yang baharu di Kota Kinabalu iaitu Dr Zhu Xinglong akan memberi lonjakan baharu kepada kerjasama dua hala yang terjalin antara Sabah dan China, terutamanya dalam sektor pelaburan, perdagangan, pelancongan dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Zhu di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Kunjungan pertama itu adalah lawatan pengenalan Zhu sejak dilantik sebagai Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu bagi menggantikan Dr Huang Shifang.

Pada pertemuan itu, Hajiji mengucapkan tahniah atas pelantikan Zhu dan mengalu-alukan kehadirannya bertugas di Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings