the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DR Wan Azizah terima anugerah tokoh pendidikan daripada College of Physicians Malaysia

PUTRAJAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Pendidikan College Of Physicians Malaysia kepada isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan sempena majlis “Inaugural of Membership of the Royal College of Physicians (MRCP) and Parallel Pathway Conferment”, yang berlangsung di sini hari ini.

Anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh College of Physicians Malaysia bagi menghargai sumbangan cemerlang dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam latihan perubatan melalui parallel pathway.

“Pada hari ini, kami amat berbesar hati untuk memberikan Anugerah Tokoh Pendidikan kepada Dr Wan Azizah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang dan sokongan beliau, yang telah menjadi tonggak kejayaan dan kelangsungan program parallel pathway di Malaysia,” kata Presiden College of Physicians Malaysia Datuk Seri Dr Paras Doshi dalam ucapannya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.

Dr Wan Azizah memiliki Ijazah Doktor Perubatan dari Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) dan menamatkan latihan pascasiswazah dalam bidang Oftalmologi di Royal College of Ophthalmologists (UK).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings