the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Yusoff Rawther: PDRM akan teliti penghakiman, sedia tambah baik SOP siasatan – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh perbicaraan kes Yusoff Rawther untuk melihat jika ada kelompangan serta kelemahan ketika siasatan dijalankan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya bersedia menambah baik prosedur operasi standard penyiasatan melalui penilaian dalaman dan semakan semula.

“PDRM mengambil maklum dan menghormati serta mengalu-alukan reaksi dan pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Yusoff Rawther.

“Pandangan tersebut mencerminkan satu hasrat murni untuk memastikan sistem keadilan jenayah negara terus menjunjung prinsip keadilan dan hak asasi manusia,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setiap laporan polis akan disiasat dengan adil dan tanpa prejudis oleh PDRM walaupun melibatkan suspek berprofil tinggi manakala keputusan untuk pertuduhan dilaksanakan selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara.

Razarudin berkata laporan polis yang dibuat oleh Yusof Rawther pada 12 Sept 2024 disiasat selari dengan dua kertas siasatan yang dibuka berkaitan penemuan dadah serta pistol dan tiada keperluan untuk mengambil kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes itu memandangkan tindakan tersebut telah diambil ketika aduan dibuat oleh pengadu di peringkat awal.

“Pada peringkat tersebut, PDRM telah mengemukakan ke pejabat AGC dengan cadangan pertuduhan untuk kedua-dua kes tersebut dan berpuas hati bahawa setakat keterangan yang ada pada masa tersebut, adalah mencukupi untuk menuduh Yusoff Rawther tanpa memanggil mana-mana pihak lain untuk melengkapkan siasatan.

“Sepertimana juga kes-kes lain yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini, PDRM sentiasa cakna dengan keputusan-keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada PDRM dan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti siasatan dan mengoptimumkan pendakwaan,“ katanya.

Semalam, Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram serta memiliki dua pucuk pistol tiruan pada 6 Sept tahun lepas.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammed Yusoff, 32, pada akhir kes pendakwaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings