the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Love Scam: Lelaki rugi RM200,000 ditipu wanita Jepun

KUANTAN: Seorang lelaki kerugian lebih RM200,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau “love scam” menerusi media sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 58 tahun itu telah berkenalan dengan seorang wanita warga Jepun menerusi Facebook pada April lepas.

Beliau berkata selepas sebulan berkenalan, wanita itu memberitahu mangsa terdapat kiriman barangan dari Turkiye ke Jepun atas namanya, tetapi telah ditahan di pejabat imigresen di Turkiye.

“Suspek telah meminta pinjaman wang daripada mangsa untuk mendapatkan semula barangan tersebut dengan pulangan dua kali ganda dijanjikan oleh suspek setelah barangan berkenaan diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa juga telah melakukan 50 transaksi wang ke akaun bank wanita terbabit hingga mengalami kerugian RM200,000 hasil wang simpanannya.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan individu yang tidak dikenal pasti dan semak dahulu sebelum membuat transaksi kewangan serta sahkan nombor telefon dan akaun menerusi https://semakmule.rmp.gov.my.

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories