the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Petronas mohon penjelasan mahkamah mengenai kerangka kawal selia petroleum di Sarawak

Petronas fail notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk dapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia operasi petroleum di Sarawak.

KUALA LUMPUR: Petronas telah menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia operasi petroleum di Sarawak.

Syarikat minyak nasional itu dalam kenyataan hari ini berkata pihak responden yang dinamakan adalah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

Permohonan itu difailkan bagi memastikan Petronas terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik.

Ia tidak berhasrat untuk mencabar aspirasi pembangunan Sarawak atau menghalang peranan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dalam sektor tenaga negeri tersebut.

Keputusan itu dibuat susulan perbincangan dan rundingan yang berjalan semenjak 2024 bersama Petros serta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

“Meskipun terdapat kemajuan yang telah dicapai dalam rundingan komersial dan perkongsian, termasuk pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) pada 2020, namun masih terdapat perbezaan pendapat berhubung kerangka kawal selia yang terpakai kepada Petronas,” katanya.

Petronas berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan serta peranan sistem kehakiman negara.

Syarikat itu juga menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses perundangan.

Ia memberi ruang kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penilaian sewajarnya berkenaan usul yang dikemukakan.

Sementara itu, Petronas tetap komited untuk melaksanakan operasinya dengan telus serta penuh tanggungjawab di Sarawak.

“Seluruh operasi akan terus berjalan seperti biasa. Kami akan terus memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat dan industri di Sarawak serta bekerjasama ke arah memajukan aspirasi pembangunan negeri dan memelihara kemakmuran Malaysia,” katanya.

Petronas kekal komited untuk memastikan komunikasi yang telus mengenai operasinya termasuk kegiatan usahasama syarikat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings