the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nasihat tangguh perjalanan ke selatan Thailand

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Kelantan nasihat rakyat tangguh perjalanan ke selatan Thailand susulan serangan bom di stesen minyak, warga Malaysia di sempadan diminta berwaspada.

KOTA BHARU: Polis menasihati rakyat, terutamanya di Kelantan, supaya menangguhkan perjalanan ke Wilayah Selatan Thailand susulan insiden letupan bom di beberapa stesen minyak di sana.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihak berkuasa tidak dapat menghalang individu yang perlu ke sana atas urusan tertentu, tetapi mereka dinasihatkan agar berhati-hati.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil risiko dan menangguhkan perjalanan ke Wilayah Selatan Thailand sekiranya tiada perkara penting,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Beliau menambah pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan melalui kerjasama rapat dengan pihak keselamatan Thailand.

Mohd Yusoff berkata maklumat terperinci mengenai kejadian bom di stesen minyak di Narathiwat, Yala dan Pattani masih belum diperoleh.

Beliau menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan berhampiran sempadan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi nasihat pihak berkuasa.

“Mereka juga perlu mengelakkan diri daripada pergi ke kawasan berisiko tinggi,” katanya.

Semalam, Thailand menguatkuasakan perintah berkurung serta-merta di Narathiwat susulan siri insiden keganasan yang melibatkan serangan bom dan pembakaran.

Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) memaklumkan siasatan awal menunjukkan serangan itu dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang bertopeng.

Sasaran melibatkan lima stesen minyak PTT di Narathiwat, empat di Yala dan dua di Pattani, dengan insiden dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings