the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAKIM pastikan program Glamping With Pride tidak diteruskan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JAKIM bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk halang program Glamping With Pride, serahkan siasatan kepada polis berikutan laporan diterima.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan program “Glamping With Pride” tidak diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya turut menyerahkan siasatan berhubung program itu kepada polis.

“JAKIM akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa untuk memantau supaya mereka (penganjur) tidak meneruskan hasrat itu,” katanya.

Beliau menambah Jabatan Agama Islam Selangor akan mengambil tindakan susulan bersama dengan pihak polis.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu di Putrajaya.

Sebelum ini, JAKIM memaklumkan pihak berkuasa memantau rapi penganjuran program tersebut.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha menormalisasikan perlakuan seks songsang.

Beliau menegaskan perbuatan sedemikian menyalahi undang-undang sedia ada.

Ini termasuk Seksyen 25, Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 serta Seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D Kanun Keseksaan.

Setakat ini, polis dilaporkan menerima lima laporan berkaitan iklan program berkenaan.

Program itu dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Januari di Hulu Langat, Selangor.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bona® scales Asia Pacific presence with expanded SuperSport System catering to the region’s diverse...

MALMÖ, SWEDEN - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - As the global sports flooring market continues to grow, Bona, a world leader in flooring solutions for over 100 years, is strategically strengthening its reach across the Asia Pacific (APAC) region.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings