the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu ugutan video lucah terhadap Ahli Parlimen disiasat polis – Fahmi

BUKIT MERTAJAM: Isu beberapa Ahli Parlimen yang mendakwa menerima ugutan video lucah kini berada di bawah siasatan polis, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai agensi teknikal akan membantu siasatan yang dijalankan polis.

“(Perkara) ini di bawah siasatan PDRM dan MCMC akan membantu sebagai agensi teknikal. Jadi pihak yang mengetuai siasatan ialah PDRM. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat tambahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Komuniti dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penanti di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Pengarah Urusan MCMC Abdul Karim Fakir Ali.

Fahmi berkata demikian sebagai mengulas laporan media bahawa bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki, yang dikirim melalui e-mel tidak dikenali pada Jumaat lepas.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa pengirim turut memeras ugut beliau wang US$100,000 (RM420,000) sekiranya tidak mahu video berkenaan disebarkan selain Ahli Parlimen Subang, Wong Chen turut menerima e-mel ugutan sama.

Terbaharu, Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari turut mendakwa menerima ugutan sama serta menegaskan video disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan integriti beliau – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings