the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga prebet Muhammad Irfan Haiqal

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota tentera yang ditemukan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi di Pulau Mataking, Semporna, Sabah, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan itu.

“Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Insya-Allah,” katanya.

Muhammad Irfan Haiqal yang merupakan anggota Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) dilaporkan hilang semalam sebelum ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bantuan perubatan diberikan.

Terdahulu, Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 dalam kenyataan memaklumkan seorang anggota tentera ditemukan meninggal dunia, manakala seorang lagi iaitu Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih hilang.

Dua anggota tentera berkenaan sedang melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di Pulau Mataking sebelum dilaporkan hilang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut sedang dijalankan manakala operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan sahabat – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings