the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota FRU

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, Perak semalam.

Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.

“Baginda berdua amat dukacita atas pemergian kesemua wira negara yang telah menabur bakti serta menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan,” menurut hantaran tersebut.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh kesemua mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan serta lindungan Ilahi dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” titah baginda berdua.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi semalam, sembilan anggota FRU maut apabila kenderaan dinaiki mereka semasa berkonvoi untuk ke kembali Ipoh selepas penugasan di Teluk Intan, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan batu.

Lapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings