the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jururawat denyut nadi sistem kesihatan negara – Dzulkefly

KUALA LUMPUR: Jururawat bukan sekadar profesion, ia adalah denyut nadi kepada sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, Dzulkefly menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa pengorbanan dan kasih yang dicurahkan sambil memohon agar seluruh jururawat terus dilimpahi kekuatan dan rahmat.

“Saya tahu, di sebalik senyuman yang kalian berikan kepada pesakit ada penat lelah yang tersimpan rapi. Di sebalik seragam putih itu, ada insan yang kuat, sabar dan sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Tanpa kalian, tiada erti penjagaan, tiada erti pemulihan,“ katanya menerusi catatan di Facebook.

Dzulkefly berkata sambutan jururawat yang bertemakan “Our Nurses. Our Future. Caring for Nurses Strengthens Economies”, bukan sekadar slogan tetapi peringatan bahawa menjaga kebajikan jururawat bermakna menjaga masa depan rakyat.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi catatan di Facebook menyatakan tema tahun ini mengingatkan bahawa kebajikan dan sokongan kepada jururawat bukan sahaja penting untuk sistem kesihatan yang mampan, tetapi turut memainkan peranan utama dalam pertumbuhan serta kestabilan ekonomi negara.

“Jururawat adalah tulang belakang sektor kesihatan, mereka menjaga yang sakit, memberi semangat kepada yang lemah dan sentiasa hadir dalam detik paling mencabar,” menurut catatan itu.

Sehubungan itu, menurut KKM penghargaan dan pengiktirafan wajar diberi kepada jururawat di seluruh negara atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan perawatan kesihatan yang berterusan serta menghargai impak ekonomi yang signifikan daripada perkhidmatan sistem kesihatan yang teguh dengan perlindungan kesihatan sejagat.

“Terima kasih kepada semua jururawat atas pengorbanan dan kesetiaan mereka. Semua jururawat adalah aset yang sangat berharga kepada masyarakat Malaysia,” menurut catatan itu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings