the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernilai RM390,000

IPOH: Polis memburu tiga lelaki yang melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM390,000 dalam rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Menglembu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 1.25 tengah hari dan suspek dipercayai bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol serta sebilah parang.

“Suspek yang bertopeng melarikan rantai leher dan subang dari kedai itu dengan menaiki kereta Toyota Camry berwarna putih,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal Abidin berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat ASP Fadli Ahmad di 019-2500 019 atau ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kejadian rompakan itu tular di media sosial menerusi sebuah video memaparkan dua individu bertopeng mengambil barang kemas yang dipamerkan di kedai emas tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings