the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Individu berkongsi padah menghisap vape sebelum meninggal dunia akibat kegagalan jantung

SEORANG lelaki berusia 44 tahun di Johor Bharu baru-baru ini menasihati orang ramai untuk berhenti menghisap vape, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi 7 Mei.

Menerusi video berdurasi enam minit di TikTok pengguna @radzirockrider, dia mendedahkan bahawa dia berada di ambang kematian akibat masalah jantung yang disebabkan oleh ketagihan menghisap vape selama empat tahun, yang menurutnya bermula sebagai cara untuk mengatasi tekanan berkaitan pekerjaan.

“Dua minggu lepas Abang Rock dimasukkan ke wad ini disebabkan kegagalan jantung (jantung lemah). Jantung saya tinggal tiga peratus sahaja untuk fungsi, cuma tinggal kata-kata wasiat sahaja.

“Perlu ditidurkan dan diberikan oksigen untuk selamatkan Abang Rock.

“Saya vape terlalu banyak sehingga satu tangan sentiasa memegang vape manakala satu lagi di hendal motosikal.

“Apabila saya berhenti menghisap vape selama dua hari sahaja, saya mengalami sesak nafas akibat jantung saya yang lemah, dan saya dibawa ke hospital,” katanya.

Dia juga menceritakan bagaimana keadaannya bertambah buruk sehingga dia memerlukan oksigen dan terpaksa menjalani prosedur untuk mengeluarkan cecair kuning dan nanah dari paru-parunya.

“Kepada anak-anak muda, berhenti menghisap vape sementara anda masih berpeluang,” akhiri video itu dengan pesanan yang menyentuh hati.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan takziah atas pemergiannya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings