the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restoran makanan segera

IPOH: Seorang wanita warga emas cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan, kira-kira 76 kilometer (km) dari sini, malam Khamis (Mei 8).

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 70-an dilaporkan tersepit di bawah kenderaan berkenaan, sebelum diselamatkan orang awam yang berada di lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Ketua Operasi melakukan penilaian awal (size-up) sebelum mengarahkan anggota membantu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan.

Operasi terkawal sepenuhnya pada jam 9.30 malam dan tamat pada jam 9.49 malam.

Terdahulu, video insiden berkenaan tular di media sosial yang memaparkan sebuah MPV putih terbabas dan merempuh masuk ke dalam restoran terbabit.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories