the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan persekutuan lulus 38 projek PETRA bernilai RM4.389 bilion di Kedah

Kerajaan persekutuan meluluskan 38 projek PETRA bernilai RM4.389 bilion di Kedah, termasuk projek air dan pembetungan dengan peruntukan RM253 juta untuk 2026

ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan 38 projek di Kedah menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kos keseluruhan RM4.389 bilion.

Peruntukan untuk pelaksanaan projek-projek ini pada tahun ini berjumlah RM253 juta.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata 21 projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran melibatkan kos RM1.995 bilion.

Beliau yang juga Menteri PETRA berkata 14 projek di bawah Jabatan Bekalan Air bernilai RM2.078 bilion.

Tiga projek di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan pula melibatkan kos RM316 juta.

Fadillah berkata antara projek baharu tumpuan tahun ini ialah Takungan Air Pinggiran Sungai Karangan di Kulim bernilai RM496.124 juta.

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Temin/Bata di Kubang Pasu pula melibatkan kos RM290 juta.

Beliau menyeru kerajaan neegeri bekerjasama menyegerakan pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan.

Fadillah berkata fasa pertama melibatkan perlantikan konsultan untuk pemeriksaan tapak dan reka bentuk.

Beliau berkata perkara itu kritikal supaya perancangan dapat disiapkan tahun ini dan proses tender dipercepatkan tahun berikutnya.

Fadillah berkata demikian ketika merasmikan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kota Setar.

Loji itu merupakan yang terbesar di Kedah dengan keupayaan merawat kumbahan sehingga 100,000 penduduk setara.

Keupayaannya boleh ditingkatkan kepada 300,000 penduduk setara pada masa hadapan.

Fadillah berkata loji berkenaan mula beroperasi secara berperingkat sejak 9 Ogos tahun lalu.

Satu komponen utama projek ialah program rasionalisasi 28 loji rawatan kumbahan sedia ada serta sistem pembetungan di 16 premis kerajaan.

“Penyediaan sistem pembetungan serantau di Kota Setar yang melibatkan kos pembinaan RM238.8 juta ini akan memberi manfaat kepada penduduk Bandaraya Alor Setar serta kawasan perumahan dan kejiranan di Derga, Kota Setar dan Alor Malai,” katanya.

Pada majlis itu, Fadillah turut menyaksikan penyerahan operasi loji berkenaan kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri dan Datuk Bandar Alor Setar Datuk Abdul Gafar Yahya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings