the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan walaupun terima tawaran kerjasama lain

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu kekal mendukung Kerajaan Perpaduan meskipun ada tawaran kerjasama politik daripada pihak lain.

KUALA LUMPUR: UMNO kekal mendukung Kerajaan Perpaduan meskipun menerima tawaran kerjasama politik daripada pihak lain.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu berpegang kepada prinsip serta komitmen yang dipersetujui dalam pembentukan kerajaan.

Beliau berkata keputusan itu demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

BACA: Mesyuarat khas MKT UMNO bincang usul sayap parti dan ucapan dasar presiden

“Memang ada tawaran yang terhidang, memang ada yang datang merisik dan ada juga yang cuba meminang, namun sehingga hari ini UMNO kekal melaksanakan amanah kepada negara dengan terus mendukung Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ahmad Zahid menambah selagi asas kenegaraan dihormati, UMNO akan terus memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab.

Beliau berkata kepimpinan parti mengambil pendirian berpaksikan kepentingan negara serta kemaslahatan ummah.

Pendirian itu mengatasi pertimbangan politik sempit meskipun terdapat desakan dalaman agar UMNO menarik diri daripada kerajaan.

Pada 5 Januari lepas, Ahmad Zahid menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan terus kekal bersama Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan.

Komitmen itu dinyatakan sehingga tamat penggal pentadbiran walaupun terdapat gesaan daripada sayap Pemuda supaya parti itu keluar daripada kerajaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories