the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
25.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mesyuarat khas MKT UMNO bincang usul sayap parti dan ucapan dasar presiden

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Mesyuarat Khas MKT UMNO bincang usul dari sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta persiapkan ucapan dasar Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini menerima dan mendengar laporan daripada wakil-wakil MKT ke Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata segala usul yang dibangkitkan perwakilan ketiga-tiga sayap itu turut dibincangkan.

“Satu lagi agenda yang penting adalah kita bincangkan tentang usul ucapan dasar Presiden UMNO yang akan dibentangkan esok,” katanya selepas mesyuarat di ibu pejabat parti.

BACA: Seruan pembaharuan dominan penutup Perhimpunan Agung UMNO

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahmad Zahid dijadual menyampaikan ucapan dasar Presiden esok.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung dari 14 hingga 17 Januari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur selepas ditangguhkan dua kali.

Sebanyak 6,412 perwakilan dari seluruh negara telah mendaftar melibatkan 2,928 orang bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025.

Ia turut melibatkan 1,165 perwakilan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 1,173 perwakilan Pergerakan Pemuda dan 1,146 perwakilan Pergerakan Puteri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings