Friday, October 31, 2025
25 C
Malaysia
spot_img

Insiden Kampung Sungai Baru: PAS hanya berdiam diri ketika anggota keselamatan dicederakan

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoal tindakan pemimpin PAS yang berdiam diri tatkala anggota keselamatan dicederakan dalam insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru di sini, semalam.

Beliau berkata Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari yang membuat kenyataan berhubung isu pengosongan rumah teres di kampung itu, langsung tidak menyentuh dan mengecam individu mendatangkan kecederaan kepada pegawai polis terlibat.

“Menghalalkan keganasan atau kekerasan fizikal terhadap pihak berkuasa keselamatan dalam keadaan tiada seorang pun penduduk dicederakan pihak berkuasa adalah sesuatu yang menuntut kecaman dan kejian daripada semua pihak yang cintakan keamanan.

“Apakah PAS hari ini bertekad untuk mengangkat budaya politik pelampau selepas insiden Qunut Nazilah tempoh hari dan hari ini berdiam diri tatkala anggota keselamatan diperlakukan sedemikian rupa?” katanya menerusi hantaran X.

Muhammad Kamil berkata sebahagian pimpinan PAS yang mengamalkan politik ala khawarij harus ditentang dan ditolak sekerasnya demi Malaysia yang aman dan stabil.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres Kampung Sungai Baru, semalam.

Sementara itu, Muhammad Kamil menggesa siasatan dijalankan dengan telus dan adil bagi memberikan pembelaan sewajarnya kepada pegawai polis berkenaan.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan kerajaan bersikap terbuka untuk sebarang kritikan dan teguran membina dalam pelbagai isu.

“Budaya demokratik yang sihat ini terus segar di bawah Kerajaan MADANI dan pihak berkuasa memberi ruang serta kemudahan agar sebarang bantahan mahupun kritikan itu dilonjak dengan baik dan beradab, serta tidak bertentangan dengan prinsip Perlembagaan dan hukum.

“Tetapi kenyataan ini seolah-olah mahu menjadi “enabler” terhadap tindakan ganas dan biadab yang berlaku di Kampung Sungai Baru,” katanya- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

NIA Unveils Strategic Insights into Thailand’s FoodTech Startup Ecosystem to Strengthen Its Global “Kitchen of the World” Position

The newly launched "Thailand FoodTech Ecosystem Whitepaper 2025," developed in collaboration with BioBuddy, highlights Thailand's key strengths, challenges, and future directions for leveraging innovation to build a resilient and inclusive food future—advancing the nation's long-standing vision as the "Kitchen of the World."

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img