the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

“Geng Alstonia” tumpas, dadah bernilai RM5.11 juta dirampas

SHAH ALAM: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali “Geng Alstonia” selepas menahan sembilan suspek serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.11 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 3 Jun lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara yang ditahan ialah ketua sindiket, iaitu lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai pemandu e-panggilan bersama pasangan kekasih warga asing yang dipercayai aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah sejak lapan bulan lepas.

Serbuan pertama di sebuah rumah di Bukit Jalil lebih kurang 5.50 petang yang membawa kepada penangkapan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing serta merampas dadah jenis serbuk MDMA dan cecair jus minuman dipercayai mengandungi dadah, masing-masing seberat 4,656 gram dan 3,000 mililiter.

“Serbuan kedua di sebuah rumah di Semenyih dan menangkap seorang lelaki tempatan serta merampas serbuk dipercayai dadah jenis MDMA seberat 230 gram, disusuli serbuan ketiga pada 6.10 petang di Puchong dan menahan seorang lagi suspek lelaki tempatan serta menemukan dadah jenis ekstasi seberat 966.10 gram.

“Pada 10.30 malam, polis melakukan serbuan keempat di sebuah rumah di sekitar Kajang dan menahan seorang lelaki tempatan selain merampas 110 katrij vape dipercayai mengandungi dadah seberat 2,880 gram,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hussein berkata suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di sekitar Kajang dan merampas serbuk MDMA seberat 21,452 gram, ketamin (4,722 gram), pil ekstasi (641 gram) dan pil erimin 5 dengan anggaran berat 1,960 gram.

Beliau berkata hasil soal siasat, polis kemudian menahan tiga lelaki tempatan dan seorang perempuan tempatan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang disyaki terlibat dengan sindiket berkenaan.

“Selain ketua sindiket serta kekasihnya yang tinggal di negara ini sejak 10 tahun lepas, tujuh lagi suspek yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 24 hingga 38 tahun bekerja sebagai peniaga makanan, personal shopper (pembeli-belah peribadi) dan tukang gunting rambut.

“Hasil ujian air kencing mendapati enam suspek positif dadah, tiga suspek negatif dadah, manakala tiga daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya.

Hussein berkata sindiket itu menjadikan pusat hiburan sekitar Lembah Klang sebagai sasaran pasaran selain menjualnya kepada orang perseorangan secara bersemuka serta melalui dalam talian.

Beliau berkata turut dirampas dalam serbuan itu ialah lima kereta jenis Proton Preve, Toyota Vios, Hyundai Sonata, BMW 320i dan Honda Civic, barang kemas, jam tangan, beg tangan berjenama LV dan wang tunai pelbagai mata wang dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM341,449.16.

“Kejayaan ini hasil risikan selama dua bulan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings