the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ASEAN AMMTC ke-19 fokus jenayah siber, 24 agenda dibincangkan di Melaka

MELAKA: Penipuan dan jenayah dalam talian menjadi antara fokus utama Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-19 hari ini susulan peningkatan jumlah kerugian besar yang direkodkan di rantau ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman menyatakan contoh paling ketara ialah Singapura yang merekodkan kerugian hampir 500 juta ringgit akibat penipuan dalam talian dalam tempoh setahun.

Perkembangan ini mendorong negara anggota ASEAN memperkukuh kerjasama strategik termasuk pertukaran maklumat risikan.

“Isu ini semakin membimbangkan dan menjadi antara fokus utama selain penyeludupan dadah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini.

Beliau menambah negara anggota juga bersetuju memperhebat kerjasama rentas sempadan bagi membendung jenayah dalam talian.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu menghimpunkan 12 ketua delegasi bertaraf menteri termasuk Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Timor Leste hadir sebagai pemerhati dalam mesyuarat tersebut.

Selain penipuan dalam talian, mesyuarat turut membincangkan 24 agenda lain termasuk pengubahan wang haram dan penyeludupan manusia.

Mesyuarat juga memperakui Pelan Tindakan Memerangi Jenayah Rentas Sempadan 2026-2035 serta enam deklarasi utama yang akan diangkat ke mesyuarat pemimpin ASEAN.

Pembentangan turut disampaikan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah, Institut Pencegahan Jenayah Asia serta syarikat teknologi META.

Sesi pleno disusuli pertemuan dua hala antara Malaysia dan rakan strategik termasuk Vietnam serta Sekretariat ASEAN.

Kerjasama serantau dalam penyelarasan dasar, perundingan dan tindakan strategik bersama diperkukuh melalui pertemuan tersebut.

AMMTC ke-19 dan mesyuarat berkaitan berlangsung dari 8 hingga 12 September diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Acara ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk membina komuniti ASEAN yang lebih selamat dan makmur. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings