Sunday, November 9, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Reformasi perkhidmatan awam jimat kos beban peraturan RM835 juta

KUALA LUMPUR: Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) berjaya merekodkan penjimatan kos beban peraturan berjumlah lebih RM835 juta menerusi pelaksanaan 122 projek.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan kejayaan ini sempena ulang tahun pertama pelaksanaan ARPA kepada semua penjawat awam.

Beliau menyatakan dalam tempoh sama lebih 1,007 projek reformasi bagi mengurangkan kerenah birokrasi turut didaftarkan.

“Genap setahun lalu, saya memperkenalkan ARPA kepada semua penjawat awam, dan kini impak awal sudah dapat dilihat.”

“Kita tidak boleh membiarkan rakyat menunggu lama bagi proses permohonan yang boleh dipermudahkan, khususnya melalui pendigitalan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Shamsul Azri berkata beliau turut meminta pasukan ARPA mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri serta beberapa badan bukan kerajaan yang berkaitan.

“Langkah ini selaras dengan semangat New Public Service yang menekankan penglibatan rakyat dalam proses pembuatan dasar kerajaan,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Saudi Arabia to host 2026 Asian Road Cycling Championships in Qassim

The Asian Cycling Confederation (ACC) and the Saudi Cycling Federation have officially signed the Host City Agreement for the 2026 Asian Road Cycling Championships, marking a major milestone for the sport in Saudi Arabia. The signing ceremony took place in Riyadh, led by ACC President Dato’ Amarjit Singh Gill and Saudi Cycling Federation President Abdul Aziz bin Ali Al-Shahrani. Qassim City has been confirmed as the official host for the event, which will be held from 5–13 February 2026.
spot_img

Popular Categories