the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM laksanakan pemulihan wang RM12 juta kes Sapura Energy

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan pemulihan wang berjumlah RM12 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dua kes melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Bhd (SEB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata perkara itu diputuskan selepas pihaknya bersama Timbalan Pendakwa Raya mencapai persetujuan untuk melaksanakan proses berkenaan.

“Maka SPRM dengan persetujuan TPR akan membuat pemulihan RM12 juta tersebut dalam tempoh terdekat.”

“Wang itu akan dilucut hak dan dikembalikan kepada kerajaan.”

“Pihak TPR akan mempertimbangkan sama ada akan ada pertuduhan atau sebaliknya terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kes berkenaan berlaku pada 2018 iaitu ketika Permodalan Nasional Bhd membuat suntikan dana ke dalam SEB sehingga menjadikan syarikat itu sebagai syarikat berkaitan kerajaan.

Beliau sebelum ini memaklumkan SPRM sedang menyiasat dakwaan salah guna dana berjumlah RM12 juta melibatkan SEB.

“Satu lagi kes yang disiasat melibatkan aset daripada luar negara masih lagi dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Azam berkata sembilan lagi individu akan didakwa dalam kes pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan projek Lebuh Raya MEX II.

Tanpa mendedahkan identiti mereka, beliau berkata semua individu terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan transaksi kewangan bersama Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

Semalam, TPR SPRM Datuk Ahmad Akram Gharib mengesahkan Abu Sahid akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam dalam masa terdekat, atas tujuh pertuduhan menyalahgunakan dana membabitkan projek sama.

Dalam kenyataan berasingan, Ahmad Akram turut memaklumkan seorang bekas pengarah syarikat pembinaan, Datuk Yap Wee Leong, juga akan didakwa di mahkamah sama berhubung projek berkenaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Get Ready for the Year of The Horse with Shopee’s CNY Master Shows and Unbeatable CNY Deals

This festive season, Shopee is making Chinese New Year shopping more exciting with its 12-hour CNY Livestream Marathon from 12PM to 12AM, every day from now till 18 February — bringing together entertainment, inspiration, and unbeatable value in one place.

Most Viewed

OGX Group signs underwriting agreement ahead of ACE Market IPO

IT infrastructure solutions specialist OGX Group Bhd has taken a key step towards its ACE Market listing after formalising an underwriting agreement for its upcoming IPO, which involves the issuance of 150 million new shares.
spot_img

Popular Categories