the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran Putra Heights : JPN selesai 312 urusan penggantian dokumen setakat ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 312 urusan penggantian dokumen mangsa insiden kebakaran saluran gas Putra Heights, Subang Jaya berjaya diselesaikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor, setakat ini.

Pengarah JPN Selangor Muhammad Hafiz Abdul Rahim berkata ia meliputi urusan penggantian kad pengenalan, sijil lahir, sijil perkahwinan dan dokumen lain yang musnah akibat insiden tersebut.

“Bantuan (penggantian dokumen) ini penting, kerana ramai mangsa perlu dokumen yang sah untuk urusan bank, tuntutan insurans, zakat dan pendaftaran bantuan bencana,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, dekat sini hari ini.

Bagi dokumen yang memerlukan proses lanjut seperti MyKid dan sijil perkahwinan, beliau berkata ia akan diselesaikan kemudian sebelum diserahkan kepada mangsa yang terlibat.

“Permohonan cabutan sijil lahir kami proses dan serahkan secara terus, malah ada juga mangsa yang mohon cabutan sijil anak angkat dan sijil perkahwinan dan semua ini disediakan secara percuma,” katanya.

Muhammad Hafiz berkata JPN turut bekerjasama dengan agensi seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memastikan mangsa insiden berkenaan menerima bantuan yang sepatutnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings