the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong berkenan lawat tapak kebakaran paip gas Putra Heights

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat tapak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada kira-kira 9.40 pagi, disambut oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Sebaik tiba, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa mendengar taklimat mengenai insiden berkenaan sebelum berangkat meninjau lokasi kejadian menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira 40 minit di lokasi kejadian sebelum berangkat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights untuk mencemar duli melawat mangsa kebakaran.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings