the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Putrajaya sangkal dakwaan tarif 47% ke atas import AS, utamakan kepentingan malaysia

KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini menegaskan tarif timbal balas tidak memenuhi prinsip perdagangan bebas dan adil seperti ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang dianggotai oleh 164 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan MADANI juga menyangkal dakwaan pihak berkuasa AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke negara ini.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan impak ekonomi daripada langkah tarif AS yang terkini masih dinilai.

“Walaupun unjuran awal kita adalah berasaskan pandangan yang berhati-hati namun skop dan tahap keterukan daripada tarif ini telah melebihi andaian paling konservatif. Oleh itu, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus kini sedang dikaji semula,” menurut MITI dalam kenyataan.

Kementerian itu memaklumkan kesan tepat dijangka ketara dan akan lebih jelas apabila maklumat lanjut mengenai garis masa pelaksanaan, kadar tarif, liputan produk (termasuk pengecualian), dan hasil rundingan perdagangan diperoleh.

Kepantasan dan skala tindakan balas oleh ekonomi lain juga akan mempengaruhi hasil akhir.

Bagaimanapun, Kerajaan MADANI tidak menjangkakan berlakunya kemelesetan atau kelembapan asas.

Pertumbuhan ekonomi kekal akan dicatatkan, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, pelaburan domestik yang besar, penerimaan perbelanjaan pelancongan yang positif, dan pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.

“Asas ekonomi yang kukuh akan membolehkan kita mengharungi cabaran ini pada kedudukan yang kuat dan bersedia,” tambah MITI.

MITI menjelaskan dalam semangat mengekalkan hubungan yang positif dan progresif dengan semua rakan dagang, Kerajaan MADANI akan terus berunding dengan AS untuk mencari penyelesaian yang baik dan adil bagi isu tarif timbal balas ini.

“Sepanjang tempoh mencabar ini, kerajaan akan terus mengutamakan kepentingan Malaysia, demi kesejahteraan rakyat, perniagaan dan pengeksport kita,” tambahnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings