the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insiden Putra Heights: Penjawat awam terkesan perlu mohon BDR kepada ketua jabatan – JPA

KUALA LUMPUR: Penjawat awam atau ahli keluarga mereka yang terkesan secara langsung dengan kebakaran saluran paip di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa lepas, diminta segera memaklumkan perkara itu ketua jabatan masing-masing.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi satu kenyataan di Facebook menasihati penjawat awam yang memerlukan Bekerja Dari Rumah (BDR) atau cuti supaya membuat permohonan secara rasmi melalui ketua jabatan.

“Kami di JPA amat prihatin terhadap insiden yang berlaku di Putra Heights Heights. Hati kami bersama semua mangsa yang terkesan baik secara langsung mahupun tidak langsung,“ menurut catatan itu.

JPA turut merakamkan penghargaan kepada pegawai awam yang terlibat dalam operasi menyelamat, memberikan bantuan dan sokongan psikososial di lokasi kejadian.

“Kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan pengorbanan anda. Anda adalah tonggak kepada rakyat dan negara, tetap teguh meskipun berdepan situasi mencabar,” katanya.

Beberapa inisiatif telah disediakan bagi membantu mangsa kebakaran, antaranya bantuan tunai sebanyak RM5,000 untuk rumah yang musnah sepenuhnya dan RM2,500 untuk rumah yang terjejas, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas.

Kementerian Pendidikan turut menyediakan bantuan khas RM1,000 kepada lebih 100 murid, guru dan warga institusi pendidikan, selain pelbagai bantuan daripada kementerian lain serta pihak swasta.

“Kepada netizen, gunakanlah kuasa anda… kongsikan hantaran ini agar lebih ramai yang cakna, tahu saluran bantuan yang tersedia, dan bersama-sama menyebarkan keprihatinan,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings