the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelakon veteran hilang tempat bertuduh, rumah terbakar pada Raya kedua

KUALA LUMPUR: Kegembiraan menyambut Aidilfitri berakhir tragedi buat pelakon veteran Nu’man Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Charlie apabila rumah sewanya di Gombak Setia di sini musnah dalam kebakaran pada hari raya kedua, Selasa lepas.

Dalam kejadian pada kira-kira 11 pagi itu, Charlie, 71, menyedari bahagian belakang rumahnya mula terbakar dan segera bertindak memadamkan api namun usaha itu gagal untuk menyelamatkan kediaman yang telah didiami sejak 13 tahun lepas.

“Ia berlaku ketika saya sedang berehat di ruang tamu manakala anak-anak leka bermain telefon. Apabila saya ke dapur, saya nampak api sudah marak di bahagian belakang rumah dipercayai berpunca daripada stor rumah jiran di hujung.

“Saya hanya sempat mengarahkan anak-anak keluar dari rumah menyelamatkan diri sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Saya cuba padamkan dengan menyimbah air dan meminta pertolongan orang ramai, tetapi usaha itu tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ziarah Seni MADANI, yang dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac hari ini.

Charlie bersama enam anaknya yang berusia lingkungan 13 tahun hingga lima tahun kini ditempatkan sementara di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia.

Selain kediaman pelakon itu, dua rumah jirannya turut musnah dalam kebakaran tersebut dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pihak bomba kira-kira dua jam selepas kejadian.

Beliau berharap memperoleh kediaman baharu dengan segera untuk membolehkan anak-anaknya meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Sementara itu, Hans berkata pihaknya yang melahirkan simpati terhadap musibah menimpa pelakon veteran itu berjanji akan mencari jalan untuk membantu.

“Charlie adalah sebahagian daripada industri seni tanah air yang banyak menyumbang dalam bidang lakonan.

“Saya akan cuba membantu sebaik mungkin, termasuk menghubungi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shaari yang juga Ahli Parlimen Gombak bagi melihat bantuan yang boleh diberikan, termasuk kemungkinan mendapatkan kediaman buat beliau dan anak-anak,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings