the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak wartakan koridor gas elak insiden seperti di Putra Heights – Abang Johari

KUCHING: Sarawak akan mewartakan koridor atau jajaran gas di bawah perancangan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan insiden kebakaran saluran paip gas seperti yang berlaku di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu bertujuan memastikan tiada sebarang pembinaan dilakukan di kawasan berkenaan bagi menjamin keselamatan.

“Kita bimbang kejadian seperti yang berlaku di Putra Heights berulang. Oleh itu, kita akan mewujudkan koridor gas, termasuk di Samalaju.

“Ia akan menjadi kawasan yang dikawal ketat, jadi pembangunan perumahan dan kemudahan awam tidak boleh dibina di sana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, di sini hari ini.

Abang Johari berkata kerajaan negeri masih mempunyai ruang untuk melaksanakan pendekatan itu memandangkan inisiatif SGR masih di peringkat awal.

Beliau berkata pihak perancang yang terlibat dalam pelaksanaan SGR mencadangkan supaya kawasan tersebut digazetkan sebagai koridor khas.

“Yang penting, mesti ada zon penampan (buffer zone) yang luas di sekitar koridor gas ini supaya kita dapat mengesan lebih awal sekiranya berlaku kebakaran,” katanya.

Insiden kebakaran besar di Putra Heights pada Selasa lalu menyaksikan api menjulang tinggi serta menghasilkan bahang panas dan debu yang memusnahkan deretan kediaman serta harta benda, termasuk lebih 300 kenderaan.

Setakat 8 pagi, sebanyak 377 mangsa daripada 98 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), dengan 311 orang daripada 84 keluarga di Dewan Masjid Putra Heights manakala 66 orang daripada 14 keluarga berada di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (Dewan Camelia).

Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah mangsa yang menerima rawatan kekal seperti semalam, dengan 31 individu dirawat di hospital awam di Putrajaya, Serdang, Klang, dan Kuala Lumpur, manakala 33 lagi menerima rawatan di hospital swasta. Tiada kematian dilaporkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings