the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ong bersyukur keluarga selamat dalam kebakaran saluran gas

PUTRAJAYA: Dalam sekelip mata, pagi Selasa yang damai bertukar menjadi huru-hara bagi Ong Yaw Kern dan tiga anaknya apabila satu letupan menggegarkan kawasan perumahan mereka disebabkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

“Kira-kira 8 pagi, saya berada di dalam bilik manakala anak-anak pula sedang tidur. Pada mulanya, saya ingatkan gempa bumi setelah mendengar letupan yang sangat kuat. Sebelum saya sempat bertindak, seketul batu besar (akibat letupan) jatuh di depan saya,” kata Ong sebak.

Dalam kekalutan itu, perkara pertama yang terlintas di fikiran beliau adalah untuk memastikan keselamatan keluarganya dan menyelamatkan dokumen penting secepat mungkin.

“Saya suruh anak-anak duduk di satu sudut rumah, ambil dokumen penting yang saya perlukan dan tunggu sehingga batu-batu itu berhenti jatuh sebelum saya bawa mereka ke tempat yang lebih selamat,” kata akauntan berusia 51 tahun itu ketika ditemui Bernama di Hospital Putrajaya hari ini.

Ong dan anak-anaknya – Jing Ren (anak lelaki), 15; Jing Xuan (anak perempuan), 13; dan Jing Shen (anak lelaki), 11 – yang semuanya melecur tahap dua pada kaki dirawat di hospital untuk pembersihan luka.

Kediaman keluarga itu, yang telah menjadi tempat mereka berlindung selama sedekad lepas, musnah kerana ia adalah unit yang paling hampir dengan kawasan letupan, hanya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Walaupun mengalami kerugian dianggarkan RM2 juta termasuk rumah, barang-barang peribadi dan pelbagai jenis peralatan, Ong tetap bersyukur serta berharap mereka akan dapat membina semula apa yang telah hilang.

“Ini amat menyedihkan. Kami telah kehilangan segala-galanya dan sukar untuk digambarkan. Sungguh memilukan tetapi kami bernasib baik masih hidup selepas insiden yang mengerikan ini. Itu yang paling penting,” katanya menambah bahawa isterinya tiada di rumah kerana menyertai aktiviti mendaki pada hari kejadian.

Ong berkata langkah berikutnya buat mereka sekeluarga yang kini tinggal di sebuah hotel bajet adalah untuk mencari rumah atau apartmen dan memulakan hidup baru.

Sementara itu, anak sulung daripada tiga beradik, Jing Ren berkata dia merasai gegaran dan menyangka telah berlaku gempa bumi.

“Tetapi apabila saya melihat ke luar tingkap, ia (kebakaran) kelihatan begitu terang dan saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Saya bergegas cari adik-adik saya yang kelihatan keliru dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Syukurlah, bapa kami ada di rumah. Dia suruh kami turun ke bawah tetapi kami tidak dapat keluar kerana terlalu panas. Setelah api reda, kami memanjat ke rumah jiran dan dipindahkan tanpa sebarang kecederaan serius,” kata pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13 itu.

Jing Ren bersama dua adik dan bapanya adalah antara mangsa yang menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan di Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum dirujuk ke Hospital Putrajaya.

Pada Selasa, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bahawa kebakaran berlaku di saluran utama milik Petronas Gas Bhd (PGB).

Kebakaran yang bermula pada 8.10 pagi itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya dan mengakibatkan terbentuknya sebuah kawah sedalam kira-kira 9.8 meter dan 21 hingga 24 meter lebar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings