the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran saluran gas: Bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Subang Jaya

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan elektrik di sekitar kawasan Subang Jaya, Selangor disebabkan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, telah pulih sepenuhnya.

TNB Careline dalam kenyataan di laman Facebook berkata sebelum ini pasukan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menilai situasi awal pagi tadi, dan kerja-kerja pemulihan bekalan dilaksanakan sebaik sahaja keadaan disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

TNB juga memaklumkan akan terus memantau perkembangan dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Pengguna di kawasan yang terjejas bekalan elektrik boleh menghubungi TNB di talian 15454 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

Dalam kejadian pagi tadi, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berhampiran dengan kawasan perumahan awam itu berlaku akibat kebocoran saluran paip gas yang dianggar sepanjang 500 meter.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings