the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu bapa dinasihat tenang, jangan panik pendaftaran kanak-kanak 6 tahun ke tahun satu

KPM akan laksanakan ujian diagnostik untuk nilai kesediaan psikoemosi kanak-kanak 6 tahun sebelum masuk tahun satu bermula 2027.

ALOR SETAR: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak panik berhubung pendaftaran kanak-kanak berusia enam tahun ke tahun satu bermula 2027.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan hanya kanak-kanak yang benar-benar bersedia dan melepasi ujian khas akan dipilih untuk mengikuti pelaksanaan itu.

“Ibu bapa kena tenang dan melihatnya sebagai suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan,” katanya selepas menghadiri Program PAKAT Prasekolah Peringkat Negeri Kedah di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata kesediaan anak merupakan aspek paling penting yang akan dinilai oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM akan melaksanakan ujian diagnostik bagi mengenal pasti kriteria yang ada pada kanak-kanak termasuk dari segi psikoemosi dan tahap kemahiran.

Fadhlina menekankan bahawa kemasukan ke tahun satu pada usia enam tahun adalah pilihan dan bukan wajib.

“Sebab itu kita mulakan dengan tidak wajib kerana ia pilihan. Walaupun begitu, kita tidak bagi kebebasan kepada ibu bapa begitu sahaja (kerana) mesti datang dengan kebersediaan anak,” jelasnya.

Berhubung prasarana, beliau berkata KPM akan mendapatkan data jumlah kemasukan murid lebih awal melalui ujian saringan.

Data itu akan membolehkan KPM membuat persiapan sewajarnya termasuk mengenal pasti sekolah yang telah bersedia dengan kelas tersebut.

“Kalau kelas tidak mencukupi kita bersedia mendirikan kelas secara sistem binaan berindustri (IBS) yang boleh siap dalam tempoh singkat,” katanya.

Fadhlina menambah KPM juga akan menyusun guru untuk mengisi keperluan dengan mereka perlu menguasai beberapa aspek.

Guru perlu bersedia untuk mengendalikan kanak-kanak enam tahun yang akan masuk ke tahun satu.

“Jadi secara keseluruhan persiapan sedang dilaksanakan, baik prasarana, guru mahupun persiapan ujian diagnostik,” ujarnya.

Beliau berkata KPM akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada ibu bapa.

Ini bagi memberi ruang kepada ibu bapa untuk bersedia dan membuat keputusan terbaik untuk anak mereka.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan dasar baru itu bermula 2027.

Dasar itu selaras dengan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Namun, kemasukan ke tahun satu pada usia enam tahun itu tidak wajib dan bergantung kepada keputusan ibu bapa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings