the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ekonomi Malaysia kukuh, tarik pelabur asing dengan prestasi cemerlang

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh dengan prestasi melebihi jangkaan, menjadikan negara tumpuan utama pelabur asing dan syarikat besar.

PUTRAJAYA: Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata prestasi ini dibuktikan melalui jumlah perdagangan yang melepasi RM3 trilion dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.9%.

“Pertumbuhan ekonomi kita melebihi daripada yang dijangkakan. Kita menjangka KDNK antara 4 dan 4.8% tetapi alhamdulillah, suku keempat menunjukkan pertumbuhan yang sangat rancak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Amanat 2026 di sini.

Fahmi menegaskan ekonomi negara kini bugar, segar dan bergerak dengan pantas.

Jumlah perdagangan Malaysia mencecah RM3.06 trilion pada 2025 dengan peningkatan 6.3% berbanding tahun sebelumnya.

Eksport negara meningkat 6.5% kepada paras tertinggi pernah direkodkan sebanyak RM1.607 trilion.

Import pula berkembang 6.2% kepada RM1.455 trilion, menghasilkan lebihan dagangan RM151.8 billion.

Fahmi berkata prestasi baik ini adalah hasil kestabilan politik dan dasar Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Orang luar melihat apa yang berlaku dalam negara kita adalah satu pergerakan, perubahan dan peralihan yang sangat positif. Ini hanya boleh berlaku dalam keadaan politik dan dasar yang stabil,” katanya.

Beliau menambah dua faktor itu sangat penting untuk menarik keyakinan pelabur.

Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memperbetul dan menyelesaikan beberapa perkara tertangguh dalam tempoh tiga tahun ini.

Ini termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, elektrik, ayam, telur dan akhirnya RON95.

Fahmi berkata langkah itu mengurangkan pembaziran, mengelak ketirisan dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta dalam tempoh tiga bulan selepas RON95 disasarkan hanya untuk warganegara Malaysia.

Harga minyak RON95 turun kepada RM1.99 seliter selepas penyasaran dilaksanakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN claims victory in more than 40 Johor seats: Onn Hafiz

Barisan Nasional has claimed victory in more than 40 seats in the Johor state election, with the menteri besar saying the coalition will now prepare to form the state administration.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings