the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga, PBT perlu bertanggungjawab dalam menjalankan peranan – Sultan Pahang

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru peniaga dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bertanggungjawab dalam menjalankan peranan masing-masing.

Al-Sultan Abdullah bertitah peniaga di Pahang perlu mempunyai lesen dan mematuhi undang-undang ditetapkan, manakala penguat kuasa pula perlu berhemah dalam segala tindakan yang diambil iaitu menggunakan budi bicara tanpa melibatkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan.

“Dalam keghairahan untuk menyambut lebaran pastinya peniaga mengambil kesempatan untuk melipatgandakan sumber pendapatan dengan menawarkan barang niaga yang menarik perhatian pembeli.

“Apa jua bentuk urus niaga yang dijalankan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan antaranya peniaga perlu memohon lesen atau permit perniagaan. PBT pula perlu menyediakan tempat yang khusus dan selamat untuk semua pihak,“ titah baginda yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Baginda bertitah sekiranya berlaku sesuatu isu atau permasalahan, ia perlu diselesaikan dengan cara yang paling wajar serta tidak melibatkan sebarang kekecohan apatah lagi kecederaan.

Sementara itu, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah berkesempatan meluangkan masa menziarahi peniaga belon Muhammad Zaimuddin Azlan yang terlibat dalam insiden dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat.

Simpati dengan keadaan menimpa pemuda dari Jerantut itu, Tengku Muhammad yang tiba pada pukul 12.30 tengah hari tadi turut bertanya keadaan kesihatan peniaga berkenaan dan menyampaikan kurniaan peribadi Sultan Pahang kepadanya.

Muhammad Zaimuddin yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’, kini dirawat di Hospital Serdang, Selangor akibat kecederaan selepas insiden berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau mengambil maklum bahawa individu yang terlibat dalam insiden melibatkan peniaga belon dan penguat kuasa DBKL baru-baru ini merupakan anak kelahiran Pahang.

“Justeru saya telah meminta Sekretariat Perantau Anak Pahang bagi melihat dan memberi bantuan yang sewajarnya sesuai dengan keperluan individu terbabit.

“Saya difahamkan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis, adalah wajar tindakan seterusnya bergantung kepada laporan pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings